Tuesday, 29 November 2011





Glitter Text Generator at TextSpace.net


PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA :                   
Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.   ( BAPA KEMERDEKAAN )
                                                       

PERDANA MENTERI MALAYSIA KEDUA :
Allahyarham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein   ( BAPA PEMBANGUNAN )

PERDANA MENTERI KETIGA : 
 Allahyarham Tun Hussein Bin Dato' Onn   ( BAPA PERPADUAN )
                                                           

PERDANA MENTERI KEEMPAT :
Tun Dr Mahathir Bin Mohamad     ( BAPA PEMODENAN )


PERDANA MENTERI KELIMA: Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi 
                                                     ( BAPA  DEMOKRASI )
                                                              

PERDANA MENTERI KEENAM : Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak
                                                         (BAPA TRANSFORMASI )
                                                          3 APRIL 2009 - SEKARANG
 


                            
   

Monday, 28 November 2011

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkaraperkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka.

  

Pada hari besejarah ini, Tunku berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, menantikan saat untuk bertolak ke stadium. Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. ‘God Save The Queen’berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke. Duke kemudiannya menyerah ‘Instrumen Kemerdekaan’ yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik ‘perlindungan’ yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu. Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut “Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka”.

Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki Merdeka! Merdeka! Merdeka!




Wednesday, 23 November 2011

Ukuran panjang

Ukuran

1. Ukuran ialah proses menentukan saiz sesuatu kuantiti dalam unit yang
telah ditakrifkan

2. Antara kuantiti yang boleh diukur ialah panjang, jisim, masa, luas,
sudut dan lain-lain lagi.

3. Panjang ialah jarak antara dua titik pada suatu garis lurus.


Unit ukuran panjang:

                       1 cm = 10mm

                         1 m = 100cm

                        1km = 1000m

4. Satu unit ukuran panjang boleh ditukarkan kepada unit ukuran panjang yang lain.














Latihan
1.      18 cm adalah bersamaan dengan

         A 0.18 mm            B 18 mm           C 180 mm           D 1 800mm

2.      1.32 m adalah bersamaan dengan

        A 0.132 cm           B 1.32 cm          C 13.2 cm           D 132 cm

3.      45 mm adalah bersamaan dengan

         A 0.45 cm           B 4.5 cm            C 5 cm                 D 450 cm

4.      Antara yang berikut manakah yang paling kecil nilainya?

          A 4 240 cm         B 4.3 m             C 4m 20 cm          D 4.05m

5.      Tukarkan 1.5cm kepada mm

          A 0.15                B 15                  C 150                   D 1500

Selamat belajar dan mencuba latihan.


Monday, 21 November 2011



Berikut merupakan gambar-gambar wang kertas dan duit syiling Malaysia:


Setelah mengenal wang kertas dan duit syiling Malaysia, marilah kita mendalami Sejarah Wang Kertas Malaysia.

Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis $1,000 dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali. Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri

Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama. Contohnya perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada "SE-PULUH" pada muka depan wang kertas jenis nilai $10. Pada tahun 1976, langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam (latent image) telah digunakan dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut.

Pada awal tahun 1982, wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru Tan Sri Aziz Bin Hj Taha. Pada 1 September 1982, BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500. Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia. Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota. Saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu.

Pada Februari 1996, BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM). Justeru mata wang jenis nilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru. Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998, RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.

Berikut ialah gambar wang kertas RM 500 dan RM 1000 yang telah diberhentikan.


Saya akhiri dengan sebuah pantun: Hikmah Menabung, agar murid-murid rajin menabung untuk masa depan.

Ke pasar Satok membeli gula
Gula dibeli bersama cuka
Sikap menabung amalan mulia
Dapat membantu di hari muka

Jalan-jalan cari makan
Cari makan di kedai Atan
Sikap boros amalan syaitan
Hendaklah jauhi jangan amalkan

Adik Abu menjual pengaga
Pengaga dijual bersama mangga
Berjimat-cermat dalam berbelanja
Amalan dituntut oleh agama

Amalan menabung langkah yang bijak
Hendaklah diamalkan tua dan muda
Duit di tabung semakin banyak
Labur di bank banyak faedahnya

Thursday, 10 November 2011

Hai, murid-murid, mari kita mengenali bongkah melalui lagu ini.


Setelah mendengar lagu bongkah, marilah kita sama- sama meringkaskan ciri-ciri bongkah seperti berikut.

Ciri Bongkah

Adakah kamu dapati satu bentuk bongkah tidak terdapat dalam lagu bongkah?
Jawapan : prisma